ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di
China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan
bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar
semalam.
Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah
Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka
dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu
oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.
Tidak
lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama
saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin
serius.
Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar
berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan
memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.
Bayi
tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit
dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat - kosmo
Apa nak jadi la.... Sakit hati punya pasal anak jadi mangsa....... SODIH RASO....
No comments:
Post a Comment