KEJAM...dua beradik dirantai di dalam tandas rumah mereka.
BUTTERWORTH:
Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga
mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua
kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di
sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.
Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan
perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka
disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam
selepas kira-kira lima jam dikurung.
Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada
jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik
itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki
kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.
Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang
kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit
meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.
Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap
belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik
terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak
di tingkat atas.
Sodih.....
wah ,, kasian kedua anak itu ..
ReplyDeletegak tega jadi nya ,,