Tuesday 13 December 2011

KHASIAT ANGGUR HIJAU




Kajian menunjukkan ANGGUR bukan saja membekalkan kandungan vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap antioksida dalam tubuh manusia. Kehadiran tinggi radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat.

Justeru, apa saja yang mengandungi bahan antioksida berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. ANGGUR ANTARANYA. Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.

Kajian yang dijalankan oleh Dr Ronald L Prior dari USDA’s Arkansas Children’s Nutrition Centre mendapati bahawa cara pemakanan boleh menyebabkan tekanan oksida pada badan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memakan buah-buahan selepas setiap hidangan.

Dr Prior menunjukkan bahawa proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protein, mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Kemerosotan itu boleh dielakkan dengan mengambil buah-buahan mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.

Kebaikan buah anggur sering kali didengar tetapi ramai tidak tahu bagaimana untuk menerapkannya dalam masakan menyebabkan ia hanya diambil secara mentah.

Kita juga boleh pelbagaikan dalam apa saja masakan jika anda mempunyai kreativiti dan keberanian bagi mencuba resipi unik dan menarik.
Kandungan vitamin C yang tinggi.
Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
Mempunyai kalori yang rendah.
Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

-Qaseh Roha-

No comments:

Post a Comment